Sebelum Anda Menjadi Penganut IKRAM!
//
| IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana? |
|
Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir |
Kemunculan IKRAM yang mendakwa sebagai sebuah gerakan dakwah cawangan Ikhwan baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak. Mungkin jika tidak muncul isu Dr. Asri dan gerombolan ilmuannya menyertai UMNO, IKRAM mungkin menjadi pilihan pengulas politik untuk melihat kewujudan sebuah faksi Islam yang menyertai atau sekurang-kurangnya lunak dengan UMNO. Dakwaan IKRAM menyertai politik atau secara khususnya UMNO mungkin terlalu awal atau dangkal untuk dianalisis dalam sebuah kertas kerja. Tetapi bagi mereka yang sangat berpengalaman dengan sebuah gerakan yang mendakwa mempunyai akarnya kepada kepada Ikhwan Muslimin (Alami) Mesir, ia bukanlah suatu yang rumit untuk melihat ke manakah arah dan haluan yang akan ditempa oleh gerakan ini. Walaupun ia mendakwa untuk menumpukan fokusnya sebagai sebuah gerakan dakwah yang terbuka, ia tidak terlepas dari kaitannya dengan politik semasa. Perlu difahami bahawa IKRAM bukan sebuah pertubuhan dakwah seperti Jemaah Tabligh Perkim, Yadim, Hikmah atau agensi kerajaan yang lain. Ia bukan gerakan dakwah yang hanya bergiat dalam ertikata dan aktiviti yang sempit seperti kebajikan dan pendidikan semata-mata. Fahaman Ikhwan terhadap dakwah adalah ingin menegakkan tuntutan Islam yang syumul khususnya dalam politik bagi merealisasikan semua objektif pelaksanaan Islam dengan lebih berkesan. Oleh itu, samada suka atau tidak, terbuka atau berselindung gerakan ini tidak dapat lari dari hakikat terlibat dalam politik. Justeru apakah kehadiran mereka ini akan menambah kekuatan force politik gerakan Islam atau sebaliknya melemahkannya lagi. Jika ianya positif apakah potensi yang dapat dikembangkan, jika sebaliknya apakah kehadirannya akan dapat menyaingi gerakan Islam semasa dan seterusnya dimanipulasi oleh musuh gerakan Islam bagi memecahbelahkan kebangkitan Islam itu sendiri. Bagi mereka yang baru dalam dakwah dan ingin melihatnya sebagai suatu perkembangan biasa, ia bukanlah suatu isu. Tetapi bagi aktivis gerakan Islam, gerakan ini mempunyai kaitan sejarah yang agak kontroversi khususnya di mata pendokong ABIM dan PAS. ABIM dan PAS yang sangat terkesan ekoran dari infiltrasi yang dilakukan oleh IRC. Semua ini dilakukan oleh IRC yang menjadi root kepada kebangkitan baru ini di atas nama dakwah dan tarbiyyah. Dakwah dan tarbiyyah adalah lebih utama dan aula dari perjuangan politik kepartian. Hal yang sama juga dilakukan oleh Arqam apablia menyatakan apakah perjuangan Islam ini dimonopoli oleh gerakan politik sahaja. Tetapi mereka ini dilihat tetap mempunyai kecenderungan politik sehingga Abuya mendakwa bahawa beliau berhak dan berpotensi bagi mengantikan kepimpinanan politik Malaysia malahan dunia suatu hari nanti. Kedatangan Arqam menyukarkan PAS yang terpaksa menerima kritikan Abuya terhadap perkembangan Syiah di dalam parti itu. Ketika Arqam berpengaruh, PAS tidak dilihat sebagai sebuah gerakan dakwah walaupun politik adalah memenuhi tuntutan makna dakwah Islamiah. PAS pula sukar menyatakan sokongannya secara terbuka kepada Arqam justeru pembabitan gerakan itu dalam isu akidah dan sebagainya. Apakah kehadiran IKRAM dalam bentuk sebuah gagasan yang memayungi beberapa gerakan seperti JIM, Haluan, Isma dan lain-lain tidak membayangkan IKRAM lebih dominan dari PAS yang telah pun berusaha memayungi gerakan Islam menerusi naungan politiknya. Apakah naungan dakwah yang diusahakan oleh IKRAM itu lebih ampuh dan mampu merentasi perbezaan politik antara PAS dan UMNO atau hanyalah sebuah retorik semata-mata kerana perbezaan ideologi politik inilah yang membezakan status mereka sebagai sebuah gerakan Islam atau sebaliknya. Apakah percubaan ini tidak dilihat sebagai ulangan cadangan penyertaan ahli-ahli IRC ke dalam PAS dan UMNO bagi menguasai kepimpinan kedua-duanya, tetapi dalam bentukĀ yang lebih terbuka bagi mengelakkan prasangka. Dakwaan afiliasi IKRAM dengan Ikhwan juga dipertikaikan PAS justeru Ikhwan tidak pernah mempunyai cawangannya secara rasmi di negara ini. Faksi Ikhwan Alami yang kononnya mewakilkan IKRAM sebagai cawangnnya di negara ini hanyalah pandangan segelintir pihak di dalam Ikhwan. Secara rasminya Ikhwan mempunyai hubungan baik dengan PAS dan mendapat restu untuk bergerak dalam politik justeru ruang luas yang milikinya berbanding gerakan itu di Mesir. Apakah IKRAM masih sanggup menggunakan logo Ikhwan bagi menjustifikasikan keutamaan dakwah berbanding politik dan seterusnya menyaingi PAS dalam arus kebangkitan Islam di negara ini. Semua ini walaupun dapat dijawab oleh pimpinan IKRAM seperti melalui hujah harus berbilang-bilang jemaah atau Adab Ikhtilaf dan lain-lain, ia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi saingan PAS. Mungkin dalam masa lima tahun atau setelah merasakan dirinya kuat dan dikehendaki, IKRAM boleh mengistiharkan dirinya sebagai sebuah parti politik atau menjadi afiliasi politik kepada mana-mana parti politik yang hauskan imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan PAS. PAS pastinya tidak mahu sebuah organisasi yang mempunyai matlamat yang sama dengannya kerana ia lebih banyak menyukarkan parti itu dari menyenangkannya. Setidak-tidaknya ia menyukarkan proses kaderisasi di kalangan penuntut Institusi pengajian tinggi oleh PAS. Hal ini telah lama berlaku kepada ABIM yang sehingga kini telah kehilangan penguasaannya di univerisiti tempatan. Itu belum dikira lagi dengan saingan dari Kelab UMNO atau aliran fahaman mazhab dan gerakan Islam luar negara turut mengintai peluang. Hal ini telah dijawab dengan mudah oleh kepimpinan PAS seperti Mursyid Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa parti Islam itu boleh bubar jika apa yang diperjuangkannya boleh dipenuhi oleh UMNO. Tidak timbul isu PAS ingin menjadi penaung atau ketua dalam konteks politik malah apatah lagi dakwah. Politik tidak dapat dinafikan lagi melibatkan persaingan hatta pada tahap dalaman sesebuah organisasi apatah lagi jika ia diwakili oleh parti yang berbeza ideologi atau pendekatan. Cadangan Adab Ikhtilaf bagi mengatasi masalah ini di kalangan gerakan Islam sehingga kini nampaknya tidak berkesan. Ia mungkin boleh diwar-warkan di peringkat teori namun amalannya sangat kurang apatah lagi gerakan Islam masih jarang duduk semeja membincangkan masalah mereka secara terbuka. Mungkin ini boleh menjadi fokus utama IKRAM dalam merealisasikan pendekatan ummah centric yang mereka dakwa lebih utama dari dari parti centric yang menjadi amalan PAS. Jika ini dapat diusahakan oleh IKRAM ia akan dilihat bermakna dalam konteks islah di negara ini. Jika ia merelakan dirinya dijadikan wadah bagi melindungi penyelewengan dan kepalsuan politik menerusi program-program dakwahnya, niat IKRAM untuk menerajui kebangkitan Islam menerusi gagasan dakwah tidak akan ke mana-mana. Sejarah silam perlu dijadikan renungan oleh IKRAM dalam menempatkan dirinya di kancah perjuangan Islam yang tulin di negara ini. |
August 24, 2010 at 3:00 am
“IKRAM dalam bentuk sebuah gagasan yang memayungi beberapa gerakan seperti JIM, Haluan, Isma dan lain-lain ”
pembetulan:”IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.:sila rujuk http://ejanieys.blogspot.com/2010_06_01_archive.html
September 21, 2010 at 1:06 pm
hrp dapat d betulkn…
January 14, 2011 at 10:55 am
mula2 sememangnya ada perbincangan utk menggabungkan semua sekali.. isma, haluan dsb..ttp sememangnya masing2 ada manhaj tersendiri dan agak sukar utk bergabung. jd yg tinggal hanyalah gabungan NGO yg diasaskan oleh tanzim ikram sebelum ni jgk..bukan gabung jamaah lain.sememangnya jika difikirkan, jika bergabung perlu ada orang betu2l thiqah utk menerajui kepimpinan..bagaimana nanti soal pembahagian pucuk pimpinan? bagaimana manhaj utk pengkaderan ahli..hmm..boleh buat tp sukar utk dimanifestasikan di alam realiti..susah bukan? sbb apa yg saya lihat sekarang jamaah2 islam kat malaysia ni sedang berlumba2 utk membuktikan dialah yg paling waqi’ie.. tidak kurang pula mendakwa merekalah gerkan ikhwan sebenar..hmm =)
March 7, 2011 at 5:03 pm
ad yang mendakwa ikhwan ke? mcmla ikhwan tu sglanye utk depa..
Islam adlh sglnye utk ummah mahupun sesebuah geakan..biarlah depa..asal buat kerja masing2..yg ni pegi kenal mengenali (or buat homework) dlu setiap jemaah yg ad kt malaysia ni in terms of nature of perjuangn mreka….klu dok pkai lihat ja semua org boleh pa…
March 26, 2011 at 12:49 pm
yup…stuju dengan lah Says….izinkan ana memberi pandangan yg berbentuk agak peribadi, pertamanya, setiap orang ada alasan masing2, dan Allah lebih mengetahui yg mana lebih TERBAIK….kita boleh cakap kita ade link dengan IM, yang paling hebat, yang paling banyak memberi sumbangan, tapi apa pandangan Allah daripada kita? seorang murabbi pernah berkata ” Kita buat kerja2 ini bukan untuk mendapat pengiktirafan manusia, tapi supaya Allah redha dengan kta ‘ Arwah UDMZ……ade link ke x soal no 2 hingg ke 77…yg pertama, Allah redha ke x? Allah bukan pandangpon platform2 nie,tapi Allah nk lihat kita buat ke x?…kita ikut IM sbb kita thiqah dengan mereka, yup, sebuah gerakan yg menerajui kebangkitan islam n lain2 sbb….pengiktirafan manusia x barmaksud/ semestinya diiiktiraf Allah….akhukum fillah….bagi ana, daripada kita men”condemn” sana sini, rasa “j” kta hebat, ade link dengan IM, masih rasa luka dengan sejarah lama, rasa tersaing dan sebagainya, lebih baik kita truskan kerja dan perbaiki hubungan, sbb yg satu” kita tidak mewarisi luka2 generasi lama, tapi kita mewarisi kerja2 mereka “…..sbb no dua, kita mmg dh tahu pyh n susah nk satukan tanzim antara “j”2 ini, ya, kta tahu…moge2 kelak Allah mudhkan penyatuan dibawah satu gerak-kerja…berbalik kepada sbb no2, kita tahu perkara ini, jadi tak perlulah terus-terusan meng”condemn”, merungut, mengeluh dan sebagainya, lebih baik kita perbaiki hubungan supaya semua bersatu….generasi baru insyaAllah memahami…..akhukum fillah, Allah izin, ana duduk dalam golongan yang selalu di”condemn” tapi tak pernah meng”condemn”, Allah pilih ana untuk duduk dengan orang2 yang tidak pernah berbangga dengan “j” mereka terang-terangan, walau tidak dinafilkan mereka bersyukur berada didlam “j” mereka, Allah susun untuk ana duduk bersama2 tarbiah imaniah(proses hati) yang cukup dalam utk sehingga mampu bertindak lain dari yg lain in term of fikiran, perbuatan, kata2 yg lahir dari hati2 yg diproses dan terdidik….blog2 mereka tidak pernah menyentuh mengenai “J”, jauh lagi mengatakan merekalah yg terbaik, tidak dan sekalipun tulisan2 mereka yang secara umum(blog) atau khas utk shbt2 yang menceritakan ciri2 jemaah IM, lalu di listkan nma2 “j” dimalaysia lalu list “j” mereka no satu lalu menyeru pembaca2 utk masuk trus dalam memilh “j” utk diikuti….atau trus mengaitkan mereka dengan IM walaupun benar, atau declare merekalah IM malaysia, sehingga kadang2 pembaca luar tidak sedar mereka adelah ahli sebuah “j”….tak pernah…..TETAPI…tulisan2 shbt sama ade secara rahsia atau umum hanyalah berkisar mengenai hati/akhlak/peribadi dalam rangka menyebarkan wa’(kesedaran) seperti “hidupkah hati kita?” atau “cinta kita dan cinta mereka(cinta Rasulullah S.A.W)”…ataupun “hakikat ubudiah” atau hubungan dengan Allah sehinggakan komen2 pembaca luar mengatakan bhw tulisan2 mereka lain dari yang lain, huraian mereka mengenai hati, keimanan yang bergerak cukup2 dalam, bukan dalam rangka pengajaran semata2 yang hanya singgah diakal, tapi hakikat bahawa proses hati itulah TARBIAH….akhukum fillah, kadang2 bila mereka rasa tulisan ahli2 “j” yang lain yang bermanfaat, mereka kongsi….hatta tatkala mereka dipanggil utk berucap beserta wakil “j” lain ketika peristiwa Mavi Marmara, wakil “j” lain mengatakn “j” mereka banyak memberi sumbangan kpd palestin, concern mengenai palestin dari awal penubuhan dan sebagainya, yup, itu biasa, tetapi…tatkala wakil shbt diberi peluang utk berucap, TIADA SATUPUN dia menyentuh mengenai “j”, tapi ucapannya hanya sekitar kemenangan yang hakiki, ana xtau apa pandangan antum tentang perkara ini, tapi bagi ana, ini LUAR BIASA….abu umar, brohamzah, broazman a.k.a abu zahid, abu ridhwan, pakcik rosdi, suasana keimanan…..sunguh, walau bayak kelemahan dari satu sisi, tapi dari sisi ini diriku cukup3 kagum denagn mereka, dan tidak pernah lagi kulihat mana2 program hatta sukan atau mungkin makan malam sekalipun bagi “j” lain yang menyentuh mengenai hubungn dengan Allah ketika bermain atau ketika berprogram melainkan shbt2…….peluk shbt sambil menangis lalu terpacul kata2….”ana sayang anta kerana Allah”,yup…ukhuwah yg dasarnya iman, malah semangatpun dipandu dengan keimanan, bukan faham dan sedar semata2 sbb shbt2, fhm bahawa risalah ISLAM tidak mampu dipikul tanpa memalui proses hati, sbb risalah ini berat….ini shbt2, peribadi2 yang lain dari yg lain…..akhukum fillah, sedkit coretan sebenarnya, bukan tujuan bannga denagn shbt2, tapi diriku bersyukur bersama2 kafilah mereka, sbb kalau boleh, check balik NIAT dan MATALAMAT kta buat kerja2 ini….sbb kita xnak penat2 tapi sia2 pada pandangan Allah…wahai gelombang baru generasi dakwah, tidak kira apapun apa “J” kita, sama2 menyeru hati ini, buatlah kerana Allah….moge Allah redha…